JellyPages.com

SuPrise part 2. haha

semalam aku post macam kelam kabut sikit.. so, ni nak sambung2 sikit ape yg aku terlupa. wakaka. masih dalam mood seronok. terutama bila tengok teddy bear pink itu! haha. first time aku dapat teddy bear dlm hidop aku. means teddy bear yg macam tu la.. yg besar tu. lagi terharu bila itu from fizo omar kauuu. plus krew2 astro la kott.. haha. comel laaaa. pink lagiiii.  >.< tak terkata apa2. iyela kan aku bukan ade pakwe thats why la aku tak pernah dapat hadiah2 macam org lain dapat.huuu. macam sedih bunyik kan?wkaka. tema untuk besday nie pon pink purple. sangat lame nak sangat ade birthday party. tapi sedihnya tak ade ramai2 kawan2. huhu. aku tak dapat bayang mcm mane muka aku tuh. cuakk pulak. tapi nak cerita lagi pengalaman lepak berdua ngan abg fizo. hahak. still takleh lupa lagi nie muka dia. lagi satu dia bahasakan diri dia ABANG tuuuu. pastu yg takleh lupa dlm watak dia tu siap nak mintak nombo telefon walaupon hanya lakonan. hahaha. dia siap cakap kalau macam tu abg nak amek gamba dgn adik la . mak aihhhh.!!! amek pic gune i phone dia meyhhh. merasa la aku dia post kat instagram dia pasal aku.. org lak leh komen jeles2. haha. kalau aku jdi dorang pon jeles la jugekk kann. lagi satu dia cakap "adik beruntung taw sebab jadual abg mmg padat gile sekarang" tp dy sanggup dtg melaka just for shoot this suprise party. lakonan dia mmg berjaya ! just muka aku nie je macam takde perasaan. sbb terkejut dan terkesima tengok muka fizo sangat dekat. wakaka. rupanya dekat dia ade mic patot la bukan men dekat lagii cakap. krew2 tu pon baik2 je. sporting habesss.!! haha. dapat naik bot free. aku naik 2 kali tu. 1st dengan fizo. then baru dengan semua yg datang tuh. paling siot aku boleh tak perasan ade 3 kamera yg merakam adegan aku itu. hahaha. macam mana rupa ntah kannn. tak sanggup nak tengok. confirm macam siot . wahaha. : D



betapa kelakarnya lahaii muka aku ! 

SUPRISE !!!!!!!

aku terkena ! haha. taktau ape nak cakap. sangat terperanjat. cerita bermula di malacca river cruise :) aku, kakak aku dan ayu (cousin) pegi la sana. duduk2. tengok2 permandangan yg indah. then aku baru perasan "itu  FIZO OMAR ! " then aku cakap kat kakak aku, weh2, fizo wehh. kakak aku boleh cakap "iyeke? bukan la.. kalau fizo kau g la tegur ". aku diam dan pandang je lelaki itu. aku segan nak tegur2 nie. hee. tiba2 dia suruh sepupu aku amek kan pic dy. ohh Tidakk! itu mmg fizoooooo. then akak aku pulak suruh aku amekkan pic ngan fizo. aku pun menurut perintah :) pastu entah macam mana dy angkat2 kol pulak. lama gak la. pastu dy suruh aku duduk sebelah dia. mak aiii. terpaku den. dy cakap dekat2 lah pulaks.! sangat nervous jahhh ! dy ade problem sikit. problem ape? itu secret ! nanti tengok MeleTop kat astro ria okay :)
then lame jugak. yg pelik nya macam2 dy mintak, akak2 aku boleh buat taktahu ponn. peliks di situ keyh ! sampai habis pusing satu bot tu makin lama makin bengang saya terhadap fizo. hahahaha. tp muka dia mak aihh gila comel plus hansome xD nervous aku! dia marah2 aku lagi. tapi marah2 pon comel je. so, aku asek gelak je. sampai fizo cakap "abg tengah marah nie dik, adek gelak2 apesal?! " hahaha. seyes comel. tapi ade gak cuak aku tu. then, last2 he said " HAPPY BIRTHDAY AZREEN" then aku tengok semua kawan2 family semua nyanyi lagu birthday dengan fizo2 sekali. nak nanges aku.. seyes terharu! lagi cuak ade kamera doh! rupanya nie for MeleTop.! haha. tak terkata apa2. aku cam mamai pulak. hahaha. paling terharu ade hadiah fizo bawak belakang dia. itu adalah Teddy Bear Warna PINk !!!! arghhhhh ! sukaaaaa. hahaha.
lame gila lepak dengan fizo. tapi boleh dikatakan mcm dating ! sbb dua je. wkakaka. lawak doh! ingatkan this year punya birthday bese2 je tanpa kwan2 tp dengan fizo pulak! keke. best!


 thanks for all this  present

 Nervous ! taktahu mcm mana rupa aku!!!

 comel ! haha.*bukan aku

 sweet tak kami? haha

 takde dekat lagi dia nak letak camera? jerawat aku! haha



PINK !

Happy BirthDay !

happy birthday to me ~ happy birthday to me ~ haha. Happy Birthday to Ayin ! wish untuk diri sendiri. means syok sendiri! haha. semalam 18 february 1995 is my birthday yg ke 18. mak aihhh. aku dah 18 ke? macam tak percaya. aku budak2 lagi kott wehh. tapi aku suka jadi 18 sebab boleh dapat lesen kete. hehe. ntah pape mungkin aku nie kann. so, aku nak cerita, besday aku tahun nie mungkin banyak beza dgn besay sebelum2 nie. sebab kali ni aku tak sekolah dah. kalau tak , balik je ade la hadiah from kawan2 yg tersayang. especially my BBS. Last year jugak la kawan2 aku buat suprise utk aku. terkejut tetibe ade kek :)
then, dekat makmal physics siap kena tiup lilin eksperimen tu. cikgu2 sekali suruh. bahaha. lawak gilerr. segan doe aku. buat2 malu2 kucing la konon kann. haha.
tahun nie. ade gak bbs yg tak ingat besday aku :) siapp koranggg ! haha. merajuk la macam nieee. kepada kawan2 aku yg wish, tenkiu giler la. kat facebook. sampai penat aku nak reply "thanks" tu. haha. agak bajet2 je ayat aku ni kan? benci pulaks. :p


 ini lah kek daripada kawan2 aku. last year niii



Ini lah BBS. aku sayang diorang :) jiwang sekejapp aku nie

L.I.P.A.S

serangga yg bernama lipas. erhh. aku paling fobia terhadap serangga itu. bukti? bila aku tengok fear factor tadi , aku pulak yg lebih2 nak jerit. haha. gedik kan aku? tapi aku bukannya nak gedik2 begiu sahaja, tp hakikatnya aku mmg geli gila babenggg. ! by the way, #tabikhormat dekat Hairul Azreen sebab dia buat jugak .walaupon dia sangat2 geli kepada LIPAS. hee. taktahu kenapa la aku sangat fobia tengok lipas. kalau boleh lari satu rumah, satu rumah aku nak lari. tapi paling tak boleh blah kalau lipas TERBANG. Mak oii. rasa nak nangis2 sambil jerit sambil menari. haha. amek kau. satu sebab aku tak suka tengok seranggan satu nie sebab aku nampak keganasan pada wajahnya. Erk ! mintak dijauhkan pakk! 

Ganu kitee ~

Im back! kite baru balik dari ganu. hok gembira je kite g sane. haha. baru sampai semalam. seronok gile sbb jalan2 ngan family kat kampung. walaupon pergi sehari je tapi dah cukup memenatkan aku. 1st place aku g pasar payang. woah! macam2 ado. tapi tak suka sangat sebab ramai gilerrr la teramat sangat! *ayat bm aku fail ! haha.
them, tempt mmg aku nak pergi, taman tamadun islam . mungkin ade jugak org tak tahu tempat nie la kan. taman tamadun islam nie ade macam monumen2 masjid kat seluruh dunia  nie. best la utk aku yg tak berkemampuan nak menjelajah dunia nie . hehe. best sangatt. macam2 dapat tahu dan tengok seni bina masjid yg teramat unik! haa. tengok aku promote nie dah macam boleh jadi duta tempat nie kan? wkaka. :p
then, g masjid kristal. mmg cantik. !
dari terengganu terus balik temerloh malam tu jugak. pukul 12 dari ganu.pukol 4.30 pagi sampai kpg akuu. penattt sangat2.. tapi aku tidur je. ayah yg penat. hee :)



makan kopok lekor ! haha






















JUVANA

baru semalam aku berkesempatan nak nengok cite ni haa. walaupon dah nak dekat habis tayangan kann. haha. tapi ade aku kesah? just hang out with my lovely sisters and my cousin :)  dah lame tak tengok wayang. nampak cerita nie macam menarik pulak. so, bergegas la kami menuju ke Aeon bandaraya malacca *haha. saje gedik2 eja melaka in english. wakaka.
masuk memang tak ramai dalam wayang tuh. seronok je rase beb! macam aku yang punyaaaa. treng3. okay.taknak merepek macam apek! then, mulanya cerita sangat mendebarkan. aku bagi 5 bintang kot kat cerita tu. taktau kenapa. maybe sebab ade shanaaz kott. kahkah. hello.. sorry, not for that. rimas tengok watak dy dalam cerita tu. amat menyakitkan hati dan jiwa ! cewah. haha. btw, best laa. sebab cerita dy lain daripada cerita lain.  paling penting sebab itu bukan cerita cinta yg merumitkan dan bla bla bla.
finally, ini 1st filem bukan seram yg berjaya buat aku seram :) congrates.!

* just nak cakap aku rindu kat kawan2 !!!!!